Susuilah permata hatimu

Bagi diri saya yang sudah 3 tahun menyusukan anak, pengalaman menyusu adalah amat manis dan sangat sukar untuk dilepaskan. Apa yang saya maksudkan dengan ‘dilepaskan’ ialah apabila tiba tempoh bercerai susu secara total.

Setiap hari saya berbual dengan suami mengenai hal ini. Memandangkan anak-anak saya semuanya sudah memasuki alam kank-kanak (toddler) dan bukan lagi bayi kecil (baby/infant), saya dapat rasakan sedikit demi sedikit ‘perpisahan’ dalam alam menyusu bakal kami tempuhi. Bila terkenangkan hal itu, saya terasa sayu sangat, dan cepat-cepat saya fikir untuk dapatkan baby baru. Sebab bagi saya, pengalamn menyusukan anak adalah amat indah dan saya tak mahu keluar dari alam menyusu lagi, belum masanya lagi bagi saya.

Mungkin ada yang menyangka bahawa perjalanan penyusuan saya mudah, sebab itulah ia menjadi manis.

Hakikatnya, perjalanan penyusuan saya adalah amat berliku. Namun atas satu niat dalam hati murni seorang ibu yang tidak mahu bayinya meminum susu lain selain dari susunya, maka setiap duri yang ada saya cantas dengan ilmu dan sokongan dari banyak pihak terutama kak Kamariah dan Kak Rita.

Saya bermula sebagai seorang ibu muda yang zero 0 dalam ilmu penyusuan. Saya anak sulung dan cucu sulung dalam kedua-dua keluarga. Manakala dalam keluarga saya semua makcik dan ibu saya sendiri menyusukan anak hanya semasa berpantang. Maka saya tiada sesiapa dalam keluarga sendiri yang dapat memberi tunjuk ajar semasa awal kelahiran.

Apa yang membuatkan saya sungguh bertekad untuk menyusukan bayi saya ialah bila saya melihat seorang rakan saya yang menyusukan anak sulungnya secara penuh tanpa sebarang susu tiruan. Bila melihatkan kawan ini, hati kecil saya rasa sungguh cemburu. Rasa cemburu itulah yang membawa saya ke tahap hari ini, cemburu memang boleh mengarah anda ke arah kebaikan jika di ambil dari sudut positif.

Sejurus anak saya lahir, saya cepat-cepat meminta bayi saya itu dari nurse untuk saya susukan. Sangka saya, tentu anak saya kehausan bertarung dengan proses penguncupan ruang rahim semasa proses kelahiran. Pertama kali saya suakan kantung susu kepada bayi saya, alhamdulillah dengan pantas bayi saya menangkap areola dan terus menyedut (stimulate) tanpa sebarang masalah. Saya mulakan dengan sebelah kanan, dan selepas beberapa minit, anak saya terus tertidur. Langsung saya tak pernah terlintas dalam kepala adakah susu saya sikit atau banyak, adakah baby saya cukup minum atau tidak, adakah susu saya berkhasiat atau tidak…semua itu tak langsung saya terfikir.Yang saya tahu, saya terlalu yakin dengan anugerah susu yang ALLAH ciptakan untuk setiap bayi manusia yang dilahirkan

Sewaktu sedang memisahkan mulut bayi dari areola, nurse pula kebetulan sedang menguruskan luka saya.Tiba-tiba nurse bersuara ;

Owh awak ni inverted nipples, tak boleh menyusu kalau camni.

Saya pun beritahu kepadanya : baby saya baru je menyusu tadi dan sekarang dah tidur.

Permata hatiku yang sungguh bertuah, yang pertama sekali mendiami rahimku dan yang pertama sekali merasai nikmat air susu ibu…

Saya mula hairan dan berfikir benarkah keadaan diri saya ini bakal membawa masalah dalam penyusuan? Itulah kegusaran pertama saya dalam proses menyusu.Alhamdulillah saya menemui jawapan hasil dari sedikit pembacaan. Inverted nipple bukan maslah kerana bayi menyusu dengan menstimulate areola bukan nipple semata-mata.

Di ward, saya menyusukan bayi menurut permintaannya. Selepas pulang ke rumah, rutin menyusu saya berjalan seperti biasa.Ya saya masih terus menyusu walaupun dengan keadaan inverted nipples itu.

Sehingggalah bayi saya memasuki usia 4 bulan, saya menyedari anak saya semakin cepat marah ketika menyusu. Dan dari seorang bayi yang tidak meragam anak saya menjadi seorang yang kuat meragam. Saya merujuk kepada Rita Rahayu, dan kata Rita itu adalah Growth Spurts. Namun masalah berlarutan sehingga usia anak saya 6 bulan. Berat badan anak saya juga tidak naik dengan banyak seperti sebelumnya.

Lalu saya membuat sedikit pembacaan di internet. Pada mulanya saya tidak tahu pun yang keadaan penyakit PCOS saya boleh mempengaruhi penghasilan susu. Selepas membuat sedikit pembacaan, barulah saya tahu yang masalah susu saya berpunca dari masalah PCOS. Saya terus datang ke susuibu.com di Bangi buat pertama kalinya untuk berbincang dengan puan Kamariah mengenai hal itu. Rupanya pada pihak Rita dan Kamariah sendiri, itulah pertama kali mereka menghdapi kes ibu menyusu dengan PCOS. Jadi mereka sangat teruja untuk membantu.

Puan Kamariah mencadangkan saya menggunakan Oxcytocin Nasal Spray (hormon oksitosin yang terlibat dalam penyusuan) untuk menggalakkan pancutan susu. Namun di Malaysia, produk berkenaan tidak ada. Jadi saya berusaha mencari alternatif lain.

Saya terjumpa dengan satu website dari USA iaitu Motherlove.com dan berhubung denagn Miss Judith dari Motherlove. Judith banyak memberi pandangan, nasihat dan cadangan mengenai cara menangani masalah PCOSer dalam penyusuan.

Di Motherlove.com terdpat satu produk khusus untuk membantu ibu yang menghidap PCOS untuk menyusu. Produk berkenaan ialah Goat’s Rue.

Namun sayangnya pada waktu itu Motherlove belum ada di Malaysia. Yang paling dekat ada di Singapore. Jadi saya usahakan juga untuk dapatkan dari sana.

Saya turut usulkan kepada kak Kamariah untuk menjual produk Motherlove di kedai susibu.com

Alhamdulillah pada tahun 2008, produk berkenaan telah berjaya di bawa masuk ke Malaysia oleh Rita dan hari ini anda semua boleh mendapatkan produk hebat itu dengan mudah!

Saya teruskan menyusu anak saya sehingga ke usia 13 bulan secara exclusive. Bukan saya tidak memperkenalkan makanan pejal kepada bayi secara sengaja. Sebaliknya anak saya yang tidak bersedia untuk menerima makanan pejal. Bagaimana saya tahu? kerana setiap kali saya suakan makanan, anak saya akan larikan mukanya, dan menangis meminta disusukan.

Oh ya, berkat pengambilan Goat’s Rue mungkin, selain dari peningkatan susu saya turut  menjadi subur berbanding sebelumnya. Pada usia anak sulung saya 8 bulan, saya disahkan hamil anak yang kedua.

Namun saya tetap meneruskan penyusuan sehingga usia kandungan memasuki 5 bulan. Saya terpaksa menghentikan sementara penyusuan ke atas anak sulung saya kerana mengalami komplikasi kehamilan. Setiap kali menyusukan anak, perut saya berasa sakit dan akan keluar cecair dari saluran peranakan. Saya dimasukkan ke hospital selama hampir sebulan kerana pelbagai masalah kehamilan ketika kandungan berusia 5 bulan. Sepanjang tempoh itu, anak saya minum susu soya melilea dan juga soy protein. Namun atas nasihat Paediatric dan juga dietitian, anak saya terpaksa mengambil susu dugro. Namun itu hanya sementara sebelum saya mendapat idea susu ramuan sendiri yang jauh lebih baik dari susu tiruan lain.

Setelah kelahiran anak kedua saya, alhamdulillah anak sulung saya dapat meneruskan penyusuan susuibu namun tidak secara terus. Saya perlu memerahkan susu untuk beliau kerana beliau tidak lagi mahu menyusu secara direct.

Bermula saat itu, saya menyusukan kedua-dua anak saya. Seorang secara direct dan seorang lagi secara perahan. Saya bangga menjadi seorang ibu yang tandem breastfeed.

Permata hatiku, kedua-duanya menyusu dengan susu anugerah ALLAH.

Sehingga hari ini anak saya yang kedua masih menyusu dengan susuibu secara penuh pada usia 22 bulan. Manakala anak sulung saya hanya mengambil susuibu beberapa kali sahaja dalam masa sehari.

Apa yang saya kongsikan di atas adalah masalah dalam diri sendiri yang saya alam sepanjang proses penyusuan. Saya turut menerima tentangan luar dalam perjalanan saya ini, insyaALLAH bakal dikongsi dalam entry akan datang.

Apa yang penting, saya harap pembaca dapat meyakini dan memahami, betapabesar pun masalah yang anda hadapi dalam penyusuan, insyaALLAH ia boleh diatasi dengan :

  1. Keazaman yang tinggi
  2. Ilmu yang mantap
  3. Sokongan dari pakar dan rakan seperjuangan penyusuan.
  4. dan yang paling utama DOA dan usaha yang tak putus.

CikWa : satu hari nanti, anak kita bakal mengorak langkah sendiri di dunia ini. Sementara ada peluang semasa mereka masih bayi ini, marilah kita bina dan cipta satu hubungan yang kuat dan indah buat bekalan sepanjang hayat mereka; iaitu menyusu mereka dengan susu ibu.

You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Susuilah permata hatimu”

  1. izzah says:

    kak wa…

    air mata menitis baca entry ni…zah bab susu anak mmg mudah tersentuh…tylah siapa yg jumpa saya…mmg sgt emosi bab susu ibu….

    zah baru sajer disahkan preggy…alhamdulillah…rezeki allah…zah terima…dan doa pertama adalah…mudahkanlah perjalanan penyusuan zah..seperti mana akmal dulu…

    terima kasih atas entry yang membina…teruja dgn resepi susu akak,zah pernah baca tp masa tu tak perlukan..so mmg buat tak kisah..tp hari ini bila saat susu zah dah mula sedikit…baru terfikir..berdoa pada allah dan allah beri petunjuk dengan minta akak komen dekat blog zah…sungguh nikmat Allh itu buat zah menangis lagi…

    terima kasih kak wa!

    • CikWa says:

      Izzah, ujian ALLAH itu tanda kasih kepada hambaNYA

      laluilah kehamilan ini dengan keceriaan berganda

      maaf kerana lama tak ziarah blog izzah

      memang ada dalam senarai bloglist tapi sebab anak tak berapa sihat minggu lepas dan masuk ward, so sekarang ni baru nak menziarah blog kawan2

      keywords : kena kuat!

      insyaALLAH ii=zzah akan berjaya mengharungi apa saja dugaanNYA :)

  2. nurul says:

    Salam; amboiii.. bkn entry x best.,. tp sy org pertama rupanya.. yeayy!
    Syabas, moga kisah benar ini dpt menjadi garis panduan, pembakar semangat kpd yg lain.

  3. ERA says:

    Tahniah!….Semoga kecekalan mu menjadi panduan serta pembakar semangat kepada ibu2 dan bakal2 ibu diluar sana…..bg meneruskan perjuangan menyusukan anak2..

    • CikWa says:

      terima kash era

      nak menyusu ni kejap je, 2 tahun je
      lepas tu anak dah takde lah bergantung dengan kita lagi
      rasa sayu je mengenangkan satu hari nanti anak2 membesar dan tak perlu kita lagi…huhu

  4. hanaseman says:

    Tahniah Sal,
    Akak mengikuti liku2 kesukaran Sal menyusukan Aishah.
    Akak kagum ngan Sal..
    Teruskan perjuanganmu sayang.. Allah sentiasa memberkatimu..

    Akak plan nak refer kawan akak kat Sal. Dia pun diagnosed as PCOS dan sekarang sedang menjalani rawatan infertility. Rezeki anak belum ada lagi.
    But kalau dia positif, Sal lah yang ada dalam kepala akak sebagai referrence.

    • CikWa says:

      kak, saya memang suka kalau dapat kenal dengan PCOSer
      banyak yang kami boleh share bersama

      kak hana boleh bagi no phone saya padanya
      saya ada satu buku yang saya beli from USA tulisan pakar hormone, dia tulis ttg camna nak handle PCOS problem mmg tepat apa yag dia tulis
      kebanyakan doctor malaysia tak berapa biasa dgn pcos sebab kes tak banyak
      so saya cari pakar luar masa nak cari solution untuk pcos saya…

      melalui internet je, alhamdulillah ALLAH bagi petunjukNYA

      terima kasih atas penghargaan akak atas perkongsian saya yang tak seberapa ni…

  5. a-y says:

    assalamualaikum.

    kak wa, salam perkenalan. tahniah kak, semoga semangat dan kecekalan akak jadi panduan kepada ibu-ibu yang lain, insya allah.

  6. cg sakinah says:

    salam..
    betul kak… yg pentg azam n usaha yg kuat..
    saya baru 5 blan bf,tp sgt yakin semuanya bgantung atas ibu n keizinannya..
    saya susu tak la meriah sgt,stok pn ada2 je la..bb boy sya ‘pngepam’ profesional! ;-)
    tp Alhamdulilah,rezki utk anak sentiasa ada.
    ada org sekeliling saya yg susu melimpah ruah tp tiba2 give up trus cri fm. moral utk ibu2 bf,jgn bsedih hati klu stok kita x penuh freezer, y pnting keyakinan n ksungguhn kita untuk trus bf anak.
    ingatlh, Allah x penah tsilap utk sediakn mkanan utk bayi y masih lemah itu, y pentg cara kita mguruskannya…
    =)

  7. Rien says:

    salam, saya rien, umur 30 tahun.sebenarnya saya baru je terjumpa blog ni.saya sekarang pregnant 6 bulan, anak yg ke-3.dua org anak sy yang sebelum ni sy tak BF sbb saya rasa susu sy skit dan tak cukup utk anak saya.lagipun ibu saya dulu pun mmg tak susu kan kami adik beradik sbb susu sikit.jd saya agak mungkin itu adalah sebab keturunan.tp utk anak yg ke-3 ni sy determine utk BF.mungkin jgk disebabkan saya kagum dgn usaha kawan2 kat luar sana yg bersungguh nak BF kan anak.

    masalah sekarang, sebelum sy pregnant sy di diagnos ada pcos.sy rs mbe sy dah ada symtom ni dah lama, cuma sy je yg x realise.dan cuma baru2 ni je sy dpt tahu pcos ni ada kaitan dengan kekurangan susu.bila sy fikir balik, mungkin itu antara punca susu sy kurang dulu.klu boleh saya nak contact awak, dan berkongsi masalah saya ni.mungkin dapat bagi saya apa2 tips utk menghadapi masalah ni.saya rsau jgk klu x cukup kuat, saya mungkin akan give up utk BF kan baby sy nnt.

    • SuperIbu says:

      Salam Rien
      jangan sedih
      Rien tak sendirian
      nanti saya emailkan kepada Rien my phone number
      i think best is kita jumpa
      lagi banyak boleh kita sembang :)

Leave a Reply